Selasa, 19 Mei 2009

Bangga Jadi Cikgu ...

Rasanya tak terlambat utk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, ustaz, ustazah, sir atau teacher. Dah masuk tahun ke 4 menjadi guru mmg satu tempoh 'pramatang' jgk. Fikirkan cikgu lain yang lebih senior (lebih 20 tahun), rasanya amat panjang lagi tempoh prkhidmatan sbg guru. Setakat 4 tahun ni, rasanya byk perkara yg boleh kita bahaskan (jeng jeng jeng, dah masuk topik serius ni). Murid skrg tidak boleh sama sekali disamakan dengan murid 'dahulu kala.' Yg penting,cikgu kena mengawal emosi dgn sebaiknya. Emosi yg tak terkawal nilah yg boleh sebabkan terlebih tampar, terlebih rotan, terlebih cubit, terlebih ......... Kalau difikirkan lagi, emosi cikgu mmg selalu berubah kerana bebanan kojo setiap hari. Tak siap keje, kenalah bwk kerumah pulak. Kadang2 mmg aku tak boleh terima org kata, cikgu kerja relax dan balik keje awal (*#^*@>?:*#)
Lagi satu hal yg dah jd 'trend' skrg dimana budak U yg dah abis belajar terus nak minta KPLI. mmm.. memang lah aku ni ambik KPLI jgk tapi harap diaorang ni jgnlah fikir keje cikgu dulu. KPLI diwujudkan utk menarik golongan profesional utk memasuki bidang perguruan. Golongan ini sekurangnya mampu mengubah persekitaran yg 'biasa' di sekolah sekarang. Akhir bicara, syabas kepada semua guru krn anda sanggup jd cikgu, kaunselor, kerani, jurulatih sukan dll :-)

Tiada ulasan: