Selasa, 19 Mei 2009

Bangga Jadi Cikgu ...

Rasanya tak terlambat utk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, ustaz, ustazah, sir atau teacher. Dah masuk tahun ke 4 menjadi guru mmg satu tempoh 'pramatang' jgk. Fikirkan cikgu lain yang lebih senior (lebih 20 tahun), rasanya amat panjang lagi tempoh prkhidmatan sbg guru. Setakat 4 tahun ni, rasanya byk perkara yg boleh kita bahaskan (jeng jeng jeng, dah masuk topik serius ni). Murid skrg tidak boleh sama sekali disamakan dengan murid 'dahulu kala.' Yg penting,cikgu kena mengawal emosi dgn sebaiknya. Emosi yg tak terkawal nilah yg boleh sebabkan terlebih tampar, terlebih rotan, terlebih cubit, terlebih ......... Kalau difikirkan lagi, emosi cikgu mmg selalu berubah kerana bebanan kojo setiap hari. Tak siap keje, kenalah bwk kerumah pulak. Kadang2 mmg aku tak boleh terima org kata, cikgu kerja relax dan balik keje awal (*#^*@>?:*#)
Lagi satu hal yg dah jd 'trend' skrg dimana budak U yg dah abis belajar terus nak minta KPLI. mmm.. memang lah aku ni ambik KPLI jgk tapi harap diaorang ni jgnlah fikir keje cikgu dulu. KPLI diwujudkan utk menarik golongan profesional utk memasuki bidang perguruan. Golongan ini sekurangnya mampu mengubah persekitaran yg 'biasa' di sekolah sekarang. Akhir bicara, syabas kepada semua guru krn anda sanggup jd cikgu, kaunselor, kerani, jurulatih sukan dll :-)

Selasa, 5 Mei 2009

Gambar Idaman Kalbu ...






Minggu ini rasanya tiba masanya aku buat perkara yang dah lama tak buat di sekolah. JUAL GAMBAR cikgu2 dan murid2 sini. tak sangka pulak sambutan hangat dari guru2. Harga sekeping hanya RM0.50. Pg tadi GB dtg ke 'opiz' aku tgk koleksi gambar tu sampaikan dio pening kepala tgk lbh 800 keping gambar :-)
Betul kata orang Minang (orang lain?), gambar boleh mengembali kenangan dan detik2 manis pd satu2 peristiwa. Guna kamera sendiri yg 'semipro' ni mgkn ade kekurangn dr segi pencahayaan dan penataan (yo yo je). Cuma kemahiran mengambil sudut yg sesuai dpt mengurangkn kekurangn ini. Lps tu, terpulanglah kat toke kedai gambar cuci gambar. Dari kulit berkedut2, tibo2 jer gambar cuci jd kulit tahap putih gebu. (???) Kesempatan ini jg ucapan t.kasih pd warga sekolah aku ni yg cukup sporting bila dihadapan kamera. Senyuman anda cukup bermakna utk cameraman
Disini, aku pilih top 5 gambar yang telah dicuci.Cuba amati gambar2 ni, agak2nye ape yg unik dan menariknye. apakah gambar pilihan anda? Hantarkan undian skrg :-)

Ahad, 3 Mei 2009

Diari Dalam Blog..... ???

Rasanya sejarah tercipta jika aku brjaya buat catatan peribadiku dalam blog. Serba salah juga kerana hal peribadi diketahui umum (orang kata aku perahsia, hehe). Mmg blog peribadi ni lebih dari desakan kwn2 jg, ye la penat2 diorang link kan blog tapi tgk2 takde ape2 (jgn mare ye)
Untuk pengetahuan kekawan, aku mmg ade buek blog sblm ni tapi lbh kpd hal2 sekolah dan bisnes. Dengan ini, dengan bersaksikan cahaya bulan malam ini, den melancarkan blog peribadi sendiri dengan piagam blog sendiri : (mcm piagam makmal ict sekolah pulak)
1. Memastikan kekawan seluruh dunia dapat info yg benar&terkini ttg diri ini
2. Memastikan blog ini akan dikemaskini sekurang2nya seminggu sekali

Rasanya itu je yg boleh buat buat masa ini. Salam perkenalan kepada semua ..... :-)