Jumaat, 4 September 2009

1 Malaysia ...Malaysian Malaysia ... 1 Israel ... Israel 2020 ... Wawasan 2020

1979 - Tema : Bersatu Berdisplin
1980 - Tema : Berdisplin Berbakti
1981 - Tema : Berdisplin Berharmoni
1982 - Tema : Berdisplin Giat Maju
1983 - tema : Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 - Tema : Amanah Asas Kejayaan
1985 - Tema : Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Tema : Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 - Tema : Bersatu
1989 - Tema : Bersatu
1990 - Tema : Berjaya, 1991 - Tema : Wawasan 2020,
1992 - Tema : Wawasan Asas Kemajuan, 1993 - Tema :
Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Tema : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 - Tema : Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 - Tema : Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Tema : Budaya Penentu Kecapaian
1998 - Tema : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 - Tema : Bersatu Ke Arah Alaf Baru, 2000 - Tema : Keranamu Malaysia
2001 - Tema : Keranamu Malaysia,
2002 - Tema : Keranamu Malaysia
2003 - Tema : Keranamu Malaysia, 2004 - Tema : Keranamu Malaysia
2005 - Tema : Keranamu Malaysia, 2006 - Tema : Keranamu Malaysia
2007 - Tema : Malaysiaku Gemilang, 2008 - Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
2009 - Tema : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
(pelik bin ajaib??)

31 Ogos setiap tahun adalah tarikh ulangtahun kemerdekaan negara kita. aku bukan anak yang dilahirkan pada tarikh tu atau sebelum tu.. orang tua kita mgkn dilahirkan pada suatu ketika Tanah Melayu belum merdeka lg. kena akui juga mereka yg lebih merasai nikmat merdeka sekarang. Apa pula pandangan kita sbg anak lepas merdeka kpd hari kemerdekaan malaysia ni? ada berpendapat kita perlu pertahankan kemerdekaan kita, tak mahu orang luar masuk campur hal kita, hak melayu hendaklah dipertahankan ....
Terpulanglah kepada kita sbg anak merdeka untuk mentafsirkannya. Banyak2 tahun tema hari kemerdekaan, tema merdeka tahun ini je yang aku amat tak berkenan.. "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ini macam moto politik je... kalau guna moto 1 Malaysia rasanya kan lebih baik.zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi masa perjuangkan Islam Hadhari pun tak lah guna moto tu.
1 malaysia tak sama ke dengan 1 Israel? itu jadi isu kpd orang ramai sekarang. DAP dulu pernah perjuangkan 'Malaysian Malaysia'. Kita sbg rakyat Malaysia dah tak boleh 'tipu2' lagi dgn hal2 macam ni. Itu belum lagi Wawasan 2020 denga Israel 2020.. kebetulan lagi ke?? kalau tak percaya tgk lah blog/website orang israel sana, siap 'meyumpah' dgn malaysia pakai idea diorg. Ada pulak ada juga org israel menyindir mengatakn Malaysia ikut aliran diaorang. Mana dia kita punya kredibiliti/maruah/pendirian?? kata nak ikut arah tuju kita sendiri. Jangan cedok2 senang2 je. itu belum lagi ketidakpuashatian orang Indonesia kerana Malaysia(org PM la, apa lagi) telah mengambil budaya diaorg dlm iklan promosi Malaysia.
Kalau tgk akhbar harian 'kroni' mmg takde cerita pasal semua ni. Banyak cerita nak dikongsi bersama, tp rasanya kawan2 semua lbh tahu perkara yg tak kena dgn negara kita ni...Jumpa lagi

* Seronok tgk Jepun bertukar2 PM dr berlainan parti tp ekonomi tetap maintain
* PAS Terengganu yg perjuangkn royalti PETRONAS, last2 UMNO Terengganu yg dpt
* Duit kerajaan UMNO skrg byk disalurkn ke negeri2 diaorg, kesian jg pd negeri lain
* Pekan,bakal kwsn yg paling maju di malaysia. tak percaya, dtglah kesana... bakal MSC ke 2
* impikan politik Malaysia yg profesional bukannya proUMNO
* hak melayu mmg kena dipertahankan tapi jgn sampai terlalu 'Fanatik' Melayu. Kan lebih baik Fanatik Islam
sbb kita tahu Islam lebih toleransi dgn bangsa & agama lain.



Selasa, 11 Ogos 2009

Kembali Di Sini ....

3 bulan tidak berada dalam komuniti blog, nampak dah 'beswang' blog aku ni (ambik kata2 member tu)hehe. Tiada niat untuk mengecewakan 'blogger-blogger'. Tempoh 'honeymoon' tu telah aku gunakan sebaiknya untuk mendapatkan idea untuk projek telah berjaya dilaksanakn (projek??) ini dia projek yang memerlukan stamina, ketekunan, keazaman dan duit poket sendiri :-)

Projek 1 : Mempersiapkan pasukan robotik sekolah >>www.roboticsskmb.blogdrive.com
Projek 2 : Menerbitkan Buletin Sekolah >> www.buletinskmb.blogspot.com
Projek 3 : Pameran Hari Kantin >> www.harikantinskmb.blogspot.com
Projek 4 : Membangunkan Portal Sekolah >> www.myskmb.edunet.my
Projek 5 : Shopping untuk _ _ H W _ N >> www.maybank2u.com.my

Kepada kekawan yg beri sokongan moral untuk berblog ini, terima kasih banyak2. Kandungan blog ini akan lebih PANAS dan SENSASI selepas ini !!
Sebelum tu saksikan klip video dibawah <>
Jumpa lagi ....




Selasa, 19 Mei 2009

Bangga Jadi Cikgu ...

Rasanya tak terlambat utk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, ustaz, ustazah, sir atau teacher. Dah masuk tahun ke 4 menjadi guru mmg satu tempoh 'pramatang' jgk. Fikirkan cikgu lain yang lebih senior (lebih 20 tahun), rasanya amat panjang lagi tempoh prkhidmatan sbg guru. Setakat 4 tahun ni, rasanya byk perkara yg boleh kita bahaskan (jeng jeng jeng, dah masuk topik serius ni). Murid skrg tidak boleh sama sekali disamakan dengan murid 'dahulu kala.' Yg penting,cikgu kena mengawal emosi dgn sebaiknya. Emosi yg tak terkawal nilah yg boleh sebabkan terlebih tampar, terlebih rotan, terlebih cubit, terlebih ......... Kalau difikirkan lagi, emosi cikgu mmg selalu berubah kerana bebanan kojo setiap hari. Tak siap keje, kenalah bwk kerumah pulak. Kadang2 mmg aku tak boleh terima org kata, cikgu kerja relax dan balik keje awal (*#^*@>?:*#)
Lagi satu hal yg dah jd 'trend' skrg dimana budak U yg dah abis belajar terus nak minta KPLI. mmm.. memang lah aku ni ambik KPLI jgk tapi harap diaorang ni jgnlah fikir keje cikgu dulu. KPLI diwujudkan utk menarik golongan profesional utk memasuki bidang perguruan. Golongan ini sekurangnya mampu mengubah persekitaran yg 'biasa' di sekolah sekarang. Akhir bicara, syabas kepada semua guru krn anda sanggup jd cikgu, kaunselor, kerani, jurulatih sukan dll :-)

Selasa, 5 Mei 2009

Gambar Idaman Kalbu ...






Minggu ini rasanya tiba masanya aku buat perkara yang dah lama tak buat di sekolah. JUAL GAMBAR cikgu2 dan murid2 sini. tak sangka pulak sambutan hangat dari guru2. Harga sekeping hanya RM0.50. Pg tadi GB dtg ke 'opiz' aku tgk koleksi gambar tu sampaikan dio pening kepala tgk lbh 800 keping gambar :-)
Betul kata orang Minang (orang lain?), gambar boleh mengembali kenangan dan detik2 manis pd satu2 peristiwa. Guna kamera sendiri yg 'semipro' ni mgkn ade kekurangn dr segi pencahayaan dan penataan (yo yo je). Cuma kemahiran mengambil sudut yg sesuai dpt mengurangkn kekurangn ini. Lps tu, terpulanglah kat toke kedai gambar cuci gambar. Dari kulit berkedut2, tibo2 jer gambar cuci jd kulit tahap putih gebu. (???) Kesempatan ini jg ucapan t.kasih pd warga sekolah aku ni yg cukup sporting bila dihadapan kamera. Senyuman anda cukup bermakna utk cameraman
Disini, aku pilih top 5 gambar yang telah dicuci.Cuba amati gambar2 ni, agak2nye ape yg unik dan menariknye. apakah gambar pilihan anda? Hantarkan undian skrg :-)

Ahad, 3 Mei 2009

Diari Dalam Blog..... ???

Rasanya sejarah tercipta jika aku brjaya buat catatan peribadiku dalam blog. Serba salah juga kerana hal peribadi diketahui umum (orang kata aku perahsia, hehe). Mmg blog peribadi ni lebih dari desakan kwn2 jg, ye la penat2 diorang link kan blog tapi tgk2 takde ape2 (jgn mare ye)
Untuk pengetahuan kekawan, aku mmg ade buek blog sblm ni tapi lbh kpd hal2 sekolah dan bisnes. Dengan ini, dengan bersaksikan cahaya bulan malam ini, den melancarkan blog peribadi sendiri dengan piagam blog sendiri : (mcm piagam makmal ict sekolah pulak)
1. Memastikan kekawan seluruh dunia dapat info yg benar&terkini ttg diri ini
2. Memastikan blog ini akan dikemaskini sekurang2nya seminggu sekali

Rasanya itu je yg boleh buat buat masa ini. Salam perkenalan kepada semua ..... :-)